my day yesterday started with a video by ustaz don daniyal. fuh. baru dengar lagu and intro sikit mata aku dah bergenang genang. SINI
zaman sekarang ni bukan semua anak sanggup mandikan jenazah mak bapak sendiri. mak bapak sakit kat rumah pun ada yang sanggup tinggalkan. mak bapak muntah geli nak lap. mak bapak nak buang air geli nak basuh. mak bapak nak mandi geli nak gosokkan. mak bapak nak makan malas nak suap. and macam macam lagilah. ni lah hakikat yang hakiki zaman sekarang. cuba tengok majlis funeral saudara mara tak pun ahli keluarga kita. siapa yang uruskan semua persiapan tu? tok imam masjid jugak yang imamkan sembahyang jenazah. anak anak ada yang sampai tak datang semata mata busy dengan kerja kat office. balik balik je tanya pasal harta. 'mana bahagian saya?'. ' tak adillah abang dapat lebih!' dan etc etc. aku ni takde experience sangat pasal benda benda ni. tapi based on films or dramas pun kita dapat bayangkan kehidupan masyarakat kita macam mana.
kenapa kita jadi macam tu ?
mana kasih sayang anak terhadap mak bapak ?
kenapa kita tak nak jalankan tanggungjawab sebagai anak walaupun untuk kali terakhir ?
tak fikir ke apa rasa roh mak bapak kita time tu tengok anak anak dia macam tu ?
ada satu masa ni my mom admitted to hospital. ada operation kat bahagian rahim. ada cyst. then aku sebagai kakak yang sulung mengambil tanggungjawab kedua untuk menjaga mama selepas my ayah. lepas operation mama kena masuk unit rawatan rapi for a few hours dulu. then after that she transfered to bilik ward biasa. time tu ubat anaesthetic tak habis kesan lagi. muka mama pucat sangat. if you put yourself into my shoes. ya Allah hanya tuhan yang tahu apa rasa kat hati ni. sedih sangat. kita dapat tengok kerut kerut kat muka mak tahan sakit. lepas tu aku bayangkan agaknya tu semua gambaran penat lelah mak bapak kita jaga kita didik kita selama ni. seriously, siapa yang tak rasa apa apa memang confirm hati batu. then mama muntah muntah. nak makan pun tak boleh tapi dia lapar. then mama mampu minum air je. but she's wailing for food. kalaulah kita baru jaga mak ayah sekejap macam ni kita dah dapat rasakan macam mana susahnya layan mereka apatah lagi pengorbanan yang dah mereka buat selama ni. please dont compare. hanya tuhan yang mampu balas. kita tak mampu.
plus, ada one of my friends. mak dia dah meninggal. time tuh dia kecik lagi. but then all of her saudara mara still mengungkit pasal harta mak dia yang dah meninggal tu. sampai dia yang dah besar tu terpaksa tanggung kesedihan tengok orang orang tua sekarang tak puas hati pasal benda benda tu. dia terkena tempias. time tuh i realized, dunia ni tak terbatas tapi kita hanya mampu mengetahui yang terbatas. aku pelik tengok orang dewasa bergaduh macam budak kecik bergaduh pasal harta. ada je saudara meninggal masing masing berebut harta. padahal kubur tu basah lagi merah lagi.
ya Allah betapa tidak berperikemanusiaannya orang zaman sekarang. betapa tamak halobanya manusia zaman sekarang.
senang cerita, mak bapak haruslah didik anak anak dengan didikan agama yang sempurna.
'tapi kenapa orang yang kuat agama pun serupa je dengan orang kurang beragama?'
kalau kita belajar agama, contohlah tajuk ajaran sesat and sebab musabab terjadi. mesti antara faktor dia ada include sekali ayat ni ' kurang didikan agama'. sebenarnya bukan kurang didikan. tapi kurang penghayatan agama. tak tinggal solat tapi tak khusyuk dalam solat. tak tinggal puasa tapi mengumpat time puasa. baca al-Quran tiap tiap hari tapi tak faham makna. mak bapak lah yang mencorakkan anak anak. kalau lah dorang tak diajar cara memandikan jenazah, solat jenazah semua, kita hanya mampu melihat mereka tercongok di suatu sudut tidak menyedari kita sedang bersedih. atau mungkin mereka hanya menunggu di luar sehingga selesai majlis funeral tu, menunggu pengagihan harta pusaka.
aku bukan nak kata im the perfect one but tak salah kita saling mengingati :)
anak anak yang baik adalah anak anak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibubapa mereka.
No comments:
Post a Comment