Move On?

Roommate yang introduced this song. Selama ni persepsi terhadap The Script dorang buat lagu rock kapak. Hikhik. Maksud saya headbanging punya music. 



In love :>

Flying High

Ok. Title tiada kaitan dengan apa apa penerbangan buat masa terdekat ini. 


Petang tadi kak Aisyah (my imported-naqibah) menerangkan sifat-siat i'baadurrahman dalam surah al-Furqaan. Antara sifat-sifatnya ialah manusia yg mendoakan,


"Rabbana hab lana min azwajina wa dhuriyyatina qurrata A'yunin waj'alna lil-muttaqina imama.""Our Lord! grant us in our mates and offspring the joy of our eyes and make us patterns for those who guard against evil." (25:74)

Hm, teringat zaman dahulu kalai bila berbicara pasal cintan-cintun ni. Tapi ayat ni bukan fokus dalam aspek tu sahaja. Pasangan yang baik, zuriat yang baik dan juga berdoa semoga kita menjadi pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.

Tetiba... *little awkward here. Sebab saja nak luahkan something yang dah berlaku selama hampir setengah tahun and still counting.

Saya rasa seperti saya tidak akan berkahwin forever and ever. Knowing that life as a medic student sangat la miserable, tensionnnnn and maybe ada chance saya nak loss weight *wee wee* (part ni i loikee)

Actually, I'm hoping that a someone there, outside there, dekat tetapi jauh *ecewah*, tak cari lain and takkan jumpa orang lain yang comel lote. Kang tetengok balik dari ****** terus tak ingat orang India. I don't know. Maybe sebab Allah tutupkan aib dia dan I only saw the good side of him. But deep down... betul betul saya berharap. Sobbbbbbb sobbbb. 
Buat pengetahuan saya masih mengekalkan syariah Islamiah. Bukan seorang yang dok gayut dengan lelaki every night and iloveyou, youloveme setiap kali text or etc.Me, still the new Nasuha. Ini cumalah monolog dalaman.

Saya membuka topik ini sebab maybe, maybe lah, my dreams recently selalu related dengan marriage, love and bendabenda camtu. So, saya harap itu satu benda yang baik. Saya realize benda ni is not suitable untuk discuss here and at the moment. But, I just need some spaces or medium to blurt out everyyyything. 

Allah adalah the best tempat mengadu in this whole universe. 

Ye, saya tahu..

Oklah cukup bebel. Disebabkan jarang mengepost, so dah tak banyak cakap even though berlambak lagi ceghita. :)


Playgroungg depan kolej. Gambar hanya ilusi. Gemuk gedempol je sebenarnya.
Saya harap someone out there willing to menampakkan muka di airport nanti. Jikalau saya lepas pointer lah, kalau tidak saya setia tunggu di Malaysia. *ok, gedik*



Dreams & Hopes

USM-KLE International Medical Programme, Belgaum, India

Make dua'h :)




venomous

Monday.

Dah 10 hari berlalu sejak cuti bermula. Hari-hari berlalu begitu sahaja tanpa ada apa-apa yang memberi manfaat. Teruk rasanya. Diri ini teruk.

Beberapa hari sebelum mulanya cuti, diri ini berjanji akan memanfaatkan setiap detik yang bakal berlalu. Tapi nampaknya janji ibarat dijaja di pasar malam. Rutin yg sama setiap hari. Sementara di dalam beg sekolah terkandung beribu helaian kertas yang dikepil. Buku saya cuba maksudkan. Buku-buku.

Diri ini perlu menyiapkan extended essay yang mempunyai 4000 patah perkataan. Amended one. TOK essay yang memerlukan perahan otak paling maksima. Dalam 2000 patah perkataan. Pelik. Perlu berusaha keras demi mencapai 3 points yang dijanji untuk kedua-dua esei ini. Jika unqualified, hasil kerja hanya kertas tinggal kertas. Agak kejam di situ. Tapi ada baiknya. Kita kena bersangka baik.

Projek IT - flash/animation juga perlu disiapkan segera. Oh, tiba-tiba terasa berat beban yang perlu dipikul otak. Penat dan lelah memikirkannya. Phew. Dan ada beberapa assignments selingan berjudul Chemistry, Math, Malay. Subjek Biology dan English nampaknya bermurah hati pada cuti kali ini. Baik sungguh. Terima kasih.

Dan jari ini mengira-ngira hari yang tinggal. Oh, dalam 20 hari lagi. Jika badan ini masih tidak bekerja, diri ini masih mengagak-agak nasib yang bakal menimpa. Dan juga hati ini berdebar menunggu keputusan peperiksaan. Oh, otak terasa bertambah penat. Otot-otot mula terasa lenguh. Badan seakan-akan terkulai layu walaupun diri masih teguh menaip.

Ini tidak boleh jadi.

Janji sendiri masih tidak ditepati. Seakan tiada semangat penggerak yang menggerakkan. Seolah-olah tidak mengapa kerja dibiarkan begitu sahaja. Syaitan semakin galak menghasut. Semakin lantang ketawa. Melihat mangsa jatuh dalam bisikan halusnya. Jatuh tanpa pertolongan. Jatuh yang sia-sia.

Tidak.

Diri ini perlukanmu ya Allah.

Oh. Apakah yang terjadi. Ini bukan sifat seorang bakal doktor. Layakkah doktor berperangai sebegini rupa?

Determination needs hardworks. Eh, no. Hardworks needs determination. Either both.

Motivation needs renewal. Daily renewal. I must find out.

*face palm.

I need her to regain my courage and curiosity. 





last night


happy friendsss !

let the pictures speak !

miza, afiqah, me, qish, sabrina

geng Port Dickson
(miza the mok, afiqah the yot, qish the ngek, syazana the cet, me the cute)
haha

"Nurturing An Ideal Muslimah"




payungs luar dewan
*raining outside
credit to: nazirahsuhaimi

nashuha, me and shairah
*jempolians :D
*gambar tambahan. 

"A photograph can be an instant of life that will never cease looking back at you."

rain rain go away

today, demam.

ye, saya ada immune system yg agak lemah dan sering terpaksa bekerja keras dan kuat demi membanteras pathogen jahat yang cuba mengganggu.

teringat zaman sekolah dulu,

SMKS18 - saya ada syu yang konon konon mengambil alih tugas nurse tidak bertauliah dalam asrama. terharu dengan dia. selalu jaga kawan kawan yang sakit meski kerja sekolah bertimbun banyak. sanggup mengusung buku setinggi diaphragm hingga ke hujung dagu daripada bilik prep ke bilik kawan yang sakit. saya salah seorang kawan yang asyik menyusahkan dia. susah nak jumpa kawan macam ni :')

JEMPOL - saya pernah demam teruk hingga terpaksa dibawa ke hospital. di saat suhu badan naik mendadak, kawan kawan bertungkus lumus menyejukkan badan dengan mengambil tuala kecil dan sebesen air sejuk. satu badan basah. ada sampai satu masa ni, seseorang terasa sebab tak dapat ikut hantar ke hospital. ya Allah terima kasih kerana dikurniakan dengan kawan kawan sebegini baik :')

KMS - dua roomates yang terpaksa bersusah payah setiap kali saya sakit. rasa rasa dah banyak kali juga asyik demam kat sini. nasi dihantar special direct from DS. demam dikebah tika malam menjelma. sejuk dingin bayu malam tidak dihirau meski esok kelas bermula pada awal pagi. terima kasih kawan-kawanku :')

sahabat sekalian,

sekali awak berbuat baik, seumur hidup awak akan dikenang. meski benda tu kecil sekalipun. best bila diri dihargai walaupun kita bukanlah menyumbang besar sangat. bukan bina KLCC twin tower ke, menyelamat kanak kanak mati lemas ke. bukan.

manusia.

macam mana dengan sang pencipta?

kita sakit, Allah sembuhkan.
kita sedih, Allah tenangkan.
kita jatuh, Allah bangunkan.
kita gembira, Allah pun gembira. yeke? selagi kita tak melanggar perintahnya.
tapi selalu time kita gembira, kita ingat Allah tak?
mungkin masa kita kejatuhan, kesedihan, kesakitan je kita ingat dia.

sedih tak kalau kawan kita ingat kita time kesusahan je?
kalau saya, saya sedih.
macam tu lah juga Allah.
Allah bagi kita macam macam kalau nak di compare kan dengan kawan kita tu.
lagi banyak nikmat.
lagi banyak kesenangan.
lagi banyak kegembiraan.
Dia tak pernah minta dibalas.
cuma satu je Dia minta.
patuh perintah-Nya.

kalau kawan kita, mesti dia minta macam macam kan?

Allah tak.





hindrance

it's getting harder.

neuron di dalam badan semakin less reactive. 
neurotransmitter kurang resynthesized.
kebanyakannya degenerate tanpa arah tujuan.
otak lemah badan lemah.
akal kurang fikiran lembab.
diri semakin hilang arah tuju.

ya Allah ampunkan dosaku.

just wanna share something.
supaya kita bermuhasabah diri.
ada senior yang susah untuk tidak dapat A dalam exams.
selalunya memang full pointer.
dia baik. bertudung labuh selepas mendapat hidayah-Nya.
alhamdulillah. dia cepat menangkap hidayah yang diturunkan.
sebab kadang kadang Allah dah bagi hidayah tapi kita je yang tangguh tangguh.
then, one day dia cerita.
dia rasa sedih sangat sebab tetiba dia dapat B dalam satu subjek ni.
dia wonder, apa yang dia dah buat sampai Allah kasi dia alert?
dia fikir punya fikir..

Oh, ada satu hari tu terbit rasa riak di hati kerana sering mendapat kejayaan.
RIAK DI HATI. 
nampak kecil kan?
tapi, Allah ingatkan dia.
dengan satu huruf je. 
B.
dia minta ampun. sucikan diri. buang dosa. taubat.
alhamdulillah.
sekarang dia di UK. 
dan sampai sekarang saya kagum dengan dia.
sentiasa straight A's.

fikirkan :)

coretan tudung saji.

mungkin ramai yang terkejut kenapa saya berubah.

saya pun tidak tahu kenapa saya tiba tiba ada kekuatan ini.

ya. betul. Allah gave me the strength out of sudden. Alhamdulillah :')

tapi, saya tidak nafikan. ada beberapa faktor yang mendorong saya. antaranya ialah :

1. Aisyah yang menjual tudung labuh di floor blok saya
2. Saya telah membeli sehelai tudung labuh di UIA once upon a time. just tak kuat lagi untuk memakainya immediately.
3. Cinta manusia dari hati saya telah pergi.
4. Allah bagi hidayah :)

mungkin ada orang yang tidak terkejut kerana i used to be sekolah agama's student. tapi yang hanya memakai tudung labuh sekadar mengikut syarat sekolah. di sini, saya nak emphasise, tak semua yang bertudung labuh di sekolah agama itu baik. baik di sini maksud saya yang betul2 ikhlas memakai tudung labuh. pengalaman saya di sebuah sekolah agama ketika form 1, kami ada sahaja masalah disiplin. bercakap tidak sopan. rockstar. couple sana-sini. dating sana-sini. haih. apa yang boleh saya katakan, hanya 10% sahaja yang betul2 mengikut syariat sama ada di luar mahupun di luar sekolah. itu berdasarkan observation seorang pelajar form 1. dan mungkin kerana itu hanya sekolah agama yang pelajarnya masuk hanya mengikut gred tertinggi ketika PSRA darjah 6. tak diteliti bacaan al-Quran nya. tak diteliti berapa juz yang dihafaznya. ini bukanlah darul Quran. ya. memang betul. mungkin penapisan pelajarnya tidak begitu teliti. <-- saya tergolong dalam salah seorang.

ini cerita di sekolah agama saya. sekolah lain saya tidak tahu *maaf ye. disebabkan akhlak yang makin buruk saya berpindah sekolah. saya menyambung pelajaran di sekolah asrama harian. masih memakai tudung. tudung labuh itu optional. bahasa arab saya belajar. dan kebanyakannya tudung biasa sahajalah. :) alhamdulillah, i'm getting better there. 

kemudian berpindah ke Sekolah Berasrama Penuh (SBPI) 'I' itu refer kepada Integrasi. Integrasi bermaksud pelajar berbagai jurusan. [ sains agama, sains tulen, sains akaun, sains teknikal ] pelajar sains agama sahajalah yang belajar agama lebih sikit. dan di sini semua diwajibkan memakai tudung labuh. 

berdasarkan pattern, saya bukanlah seorang yang dianggap pelik pabila bertudung labuh. tetapi kali ini, Allah mengurniakan saya rasa keikhlasan untuk memakainya. rasa ikhlas tu yang penting. kalau dulu, kadangkala saya merungut. astaghfirullah. zaman jahiliah :) 

tetapi, wajarlah sekiranya saya kelihatan pelik pabila bertudung labuh di kolej. kerana rata-rata tidak tahu asal-usul saya dari sekolah agama. mungkin hanya seorang yang betul betul mengetahuinya. 

saya bangga pakai tudung labuh. 

apa yang saya dapat rasa pabila memakai tudung yang lebih panjang daripada biasa ini ialah rasa selamat. saya rasa saya dilindungi. ya. betul. dan kalau saya nak buat maksiat pun saya akan berfikir dua tiga kali. dan akhirnya saya terpelihara daripada melakukannya. \(^^)/

mungkin penampilan luaran saya kelihatan bertambah baik. dalamannya hanya Allah yang tahu :) moga-moga perubahan luaran ini akhirnya berjaya mengikis dalaman saya yang buruk2. semoga semua ini berkekalan. amin.

*tadi syahdu bila bertalbiah beramai-ramai di masjid. sayu nya rasa apakah nasib manusia yang terlebih dahulu meninggalkan kita. rahmat Allah terhenti. azab disambung oleh malaikat memegang cemeti. pabila giliran kita nanti, adakah kita akan diingati , didoakan oleh manusia yang masih di atas muka bumi. ingatkah mereka pada yang di bawah permukaan bumi? :'( aidilfitri itu gembira pada yang hidup, seksa pada yang mati.

sekian, assalamualaikum


memori lalu dan tak pergi

assalamualaikum :)


actually, saya nak kongsi satu benda. saya tak tahu apa point benda ini ditulis but mungkin berguna buat saya di masa hadapan. *awkward nya type. lama dah tak menaip blog.

i had this one number. number yang wish saya birthday. number yang wish saya selamat hari raya. i don't know who till last night. i dreamt and Allah answered my prayer. yes, it's truly him :'( i confirmed it by *adalah method2 rahsia. hehe. mungkin ketika saya sedang berjuang melupakan kisah silam yang pahit lagi masam untuk ditelan , ianya datang dan muncul kembali out of nowhere. i hate this situation. manusia yang saya dah anggap strangers maybe, datang untuk berbaik. bukan saya tak suka tapi just leave me alone. i have my own space and you have yours. please. ive tried so hard to forget you. badly hard. tapi kemudian, saya berfikir. mungkinkah ini petanda? petanda untuk apa? saya pun tak tahu.

kita yang pilih memori apa yang kita nak simpan.

yes, it's true. mungkin kisah pahit itu kita tidak sengaja untuk mewujudkannya. dan akhirnya ia menjadi satu bebanan dalam minda dan hati. perosak. dan surely, yang manis itu should be kept tightly.

nasihat saya, berfikir dulu before doing something. let say, kita plan nak buat prank kat orang. and tak fikir consequences towards that person. maybe dia too sensitive to accept such prank. then, because of that incident, they're falling apart. hm hm. ini sudah menjadi satu kenangan pahit dalam hidup. dan saya tak rasa sesiapa mampu melupakannya kecuali tetiba dia lost memories.

dan bila sampai satu masa kita berfikir kembali, kita akan menyesal tak sudah. ya.

saya bukan cuba untuk menolak qada dan qadar. cuma kita kena berpandangan jauh. jangan pendekkan pandangan. :)

ya Allah, kuatkanlah hati hambamu ini. jangan biarkan ternoda imanku kerana kisah silamku :'(

daun baru

assalamualaikum.

post ini ditulis bersama sama tangisan. bukan kesedihan tetapi kegembiraan.  :)

hari ni jantung saya berdebar debar. bukan kerana jatuh cinta. tetapi nervous untuk mengetahui apa yang bakal disampaikan. bermacam macam anggapan berputar dalam benak fikiran. saya kira pasti sesuatu perubahan besar akan saya alami malam ini. ya, memang betul.


bersikap mementingkan diri sendiri ataupun individualistik.
VS
saya cinta, sayang, suka awak.

mungkin kita tidak pernah fikir apa kaitan antara kedua dua statements ini. saya pun begitu.

pabila bercinta semua terasa indah. bergurau gurau, bermanja manja, bersuka ria. mungkin saya tak perlu sebutkan yang selainnya. kerana saya pasti ada yang pernah merasa begitu. cinta yang dikatakan suci itu sebenarnya tidaklah sesuci yang disangkakan. atau lebih tepat lagi tidak suci langsung.

apa kaitannya dengan sikap selfish itu?

bila bercinta pasti iman goyah. sayang itu ditumpukan dicurahkan sepenuhnya kepada si beloved. habis mana sayang, cinta kita kepada Allah? mungkin bukan iman kita seorang sahaja yang goyah. malah si dia juga. kita ucapkan kata sayang, kata manis setiap hari pada si dia. apakah bukti sayang kita kepadanya? apakah cukup dengan melafazkan kata-kata manis itu cukup untuk menzahirkan rasa sayang kita?

cuba kita bayangkan, iman si dia sedang goyah. begitu juga iman kita. apakah kita tidak kasihan melihat si dia yang sedang goyah imannya itu? kata cinta, sayang, tetapi kenapa kita biarkan si dia terumbang ambing bergelumang dengan dosa? itukah tanda sayang kita? kalau kita lihat, kita sedang bersikap mementingkan diri sendiri. ya, kita tidak peduli tentang iman si dia. apa yang kita mahukan hanyalah memuaskan nafsu semata. bagaimana pula dengan orang sekeliling kita? orang bercinta selalunya kurang memberikan perhatian kepada orang sekeliling. kawan baik, ibubapa, guru-guru.

kawan : terpaksa melebihkan masa untuk si dia.
ibubapa : sanggup menipu ibubapa demi berjumpa si dia. (tipu)
guru guru : buat assignments tetapi tidak siap kerana sibuk melayan karenah si dia.

tepuk dada tanya iman :)

sudah lama saya ingin berubah. malahan, saya ada membeli tudung yang agak labuh untuk dipakai. tetapi saya tiada courage. saya takut sekiranya akhlak saya tidak mencermikan penampilan diri saya. saya takut saya dikatakan memakai tudung labuh tetapi bercinta dengan lelaki ajnabi :'( saya takut sekiranya saya bertutur kasar dengan orang sekeliling. saya takut saya cakap tidak serupa bikin. memang benar. berubah itu sukar. tetapi ada saya dengan ceramah yang mengatakan 'kalau kita nak berubah tak perlu tunda tunda. habis kalau kita nak mati time tu juga, boleh ke kita minta postpone dari malaikat izrail?' masyaAllah.

insyaAllah saya bakal berubah.
 'ya Allah ya tuhanku kurniakanlah daku sifat istiqamah dalam diri, ketekadan dalam hati dan semangat juang yang tidak pernah pudar dalam berjuang menentang musuh agamamu ya Allah.. '




mungkin kita berasa gusar dalam penantian mencari jodoh. dia yang menyedarkan saya ini hanyalah merupakan wadah untuk Allah memakbulkan cita murni. terima kasih ya Allah. jangan risau. selangkah kita dekat dengan Allah, selangkah lagi kita dekat dengan jodoh yang baik. :)

" kalau tercatatnya di Luh Mahfuz awak jodoh saya, amin. tetapi kalau tidak ada jodoh saya harap awak jadi kawan saya dunia akhirat. :') "