rain rain go away

today, demam.

ye, saya ada immune system yg agak lemah dan sering terpaksa bekerja keras dan kuat demi membanteras pathogen jahat yang cuba mengganggu.

teringat zaman sekolah dulu,

SMKS18 - saya ada syu yang konon konon mengambil alih tugas nurse tidak bertauliah dalam asrama. terharu dengan dia. selalu jaga kawan kawan yang sakit meski kerja sekolah bertimbun banyak. sanggup mengusung buku setinggi diaphragm hingga ke hujung dagu daripada bilik prep ke bilik kawan yang sakit. saya salah seorang kawan yang asyik menyusahkan dia. susah nak jumpa kawan macam ni :')

JEMPOL - saya pernah demam teruk hingga terpaksa dibawa ke hospital. di saat suhu badan naik mendadak, kawan kawan bertungkus lumus menyejukkan badan dengan mengambil tuala kecil dan sebesen air sejuk. satu badan basah. ada sampai satu masa ni, seseorang terasa sebab tak dapat ikut hantar ke hospital. ya Allah terima kasih kerana dikurniakan dengan kawan kawan sebegini baik :')

KMS - dua roomates yang terpaksa bersusah payah setiap kali saya sakit. rasa rasa dah banyak kali juga asyik demam kat sini. nasi dihantar special direct from DS. demam dikebah tika malam menjelma. sejuk dingin bayu malam tidak dihirau meski esok kelas bermula pada awal pagi. terima kasih kawan-kawanku :')

sahabat sekalian,

sekali awak berbuat baik, seumur hidup awak akan dikenang. meski benda tu kecil sekalipun. best bila diri dihargai walaupun kita bukanlah menyumbang besar sangat. bukan bina KLCC twin tower ke, menyelamat kanak kanak mati lemas ke. bukan.

manusia.

macam mana dengan sang pencipta?

kita sakit, Allah sembuhkan.
kita sedih, Allah tenangkan.
kita jatuh, Allah bangunkan.
kita gembira, Allah pun gembira. yeke? selagi kita tak melanggar perintahnya.
tapi selalu time kita gembira, kita ingat Allah tak?
mungkin masa kita kejatuhan, kesedihan, kesakitan je kita ingat dia.

sedih tak kalau kawan kita ingat kita time kesusahan je?
kalau saya, saya sedih.
macam tu lah juga Allah.
Allah bagi kita macam macam kalau nak di compare kan dengan kawan kita tu.
lagi banyak nikmat.
lagi banyak kesenangan.
lagi banyak kegembiraan.
Dia tak pernah minta dibalas.
cuma satu je Dia minta.
patuh perintah-Nya.

kalau kawan kita, mesti dia minta macam macam kan?

Allah tak.





No comments:

Post a Comment