coretan tudung saji.

mungkin ramai yang terkejut kenapa saya berubah.

saya pun tidak tahu kenapa saya tiba tiba ada kekuatan ini.

ya. betul. Allah gave me the strength out of sudden. Alhamdulillah :')

tapi, saya tidak nafikan. ada beberapa faktor yang mendorong saya. antaranya ialah :

1. Aisyah yang menjual tudung labuh di floor blok saya
2. Saya telah membeli sehelai tudung labuh di UIA once upon a time. just tak kuat lagi untuk memakainya immediately.
3. Cinta manusia dari hati saya telah pergi.
4. Allah bagi hidayah :)

mungkin ada orang yang tidak terkejut kerana i used to be sekolah agama's student. tapi yang hanya memakai tudung labuh sekadar mengikut syarat sekolah. di sini, saya nak emphasise, tak semua yang bertudung labuh di sekolah agama itu baik. baik di sini maksud saya yang betul2 ikhlas memakai tudung labuh. pengalaman saya di sebuah sekolah agama ketika form 1, kami ada sahaja masalah disiplin. bercakap tidak sopan. rockstar. couple sana-sini. dating sana-sini. haih. apa yang boleh saya katakan, hanya 10% sahaja yang betul2 mengikut syariat sama ada di luar mahupun di luar sekolah. itu berdasarkan observation seorang pelajar form 1. dan mungkin kerana itu hanya sekolah agama yang pelajarnya masuk hanya mengikut gred tertinggi ketika PSRA darjah 6. tak diteliti bacaan al-Quran nya. tak diteliti berapa juz yang dihafaznya. ini bukanlah darul Quran. ya. memang betul. mungkin penapisan pelajarnya tidak begitu teliti. <-- saya tergolong dalam salah seorang.

ini cerita di sekolah agama saya. sekolah lain saya tidak tahu *maaf ye. disebabkan akhlak yang makin buruk saya berpindah sekolah. saya menyambung pelajaran di sekolah asrama harian. masih memakai tudung. tudung labuh itu optional. bahasa arab saya belajar. dan kebanyakannya tudung biasa sahajalah. :) alhamdulillah, i'm getting better there. 

kemudian berpindah ke Sekolah Berasrama Penuh (SBPI) 'I' itu refer kepada Integrasi. Integrasi bermaksud pelajar berbagai jurusan. [ sains agama, sains tulen, sains akaun, sains teknikal ] pelajar sains agama sahajalah yang belajar agama lebih sikit. dan di sini semua diwajibkan memakai tudung labuh. 

berdasarkan pattern, saya bukanlah seorang yang dianggap pelik pabila bertudung labuh. tetapi kali ini, Allah mengurniakan saya rasa keikhlasan untuk memakainya. rasa ikhlas tu yang penting. kalau dulu, kadangkala saya merungut. astaghfirullah. zaman jahiliah :) 

tetapi, wajarlah sekiranya saya kelihatan pelik pabila bertudung labuh di kolej. kerana rata-rata tidak tahu asal-usul saya dari sekolah agama. mungkin hanya seorang yang betul betul mengetahuinya. 

saya bangga pakai tudung labuh. 

apa yang saya dapat rasa pabila memakai tudung yang lebih panjang daripada biasa ini ialah rasa selamat. saya rasa saya dilindungi. ya. betul. dan kalau saya nak buat maksiat pun saya akan berfikir dua tiga kali. dan akhirnya saya terpelihara daripada melakukannya. \(^^)/

mungkin penampilan luaran saya kelihatan bertambah baik. dalamannya hanya Allah yang tahu :) moga-moga perubahan luaran ini akhirnya berjaya mengikis dalaman saya yang buruk2. semoga semua ini berkekalan. amin.

*tadi syahdu bila bertalbiah beramai-ramai di masjid. sayu nya rasa apakah nasib manusia yang terlebih dahulu meninggalkan kita. rahmat Allah terhenti. azab disambung oleh malaikat memegang cemeti. pabila giliran kita nanti, adakah kita akan diingati , didoakan oleh manusia yang masih di atas muka bumi. ingatkah mereka pada yang di bawah permukaan bumi? :'( aidilfitri itu gembira pada yang hidup, seksa pada yang mati.

sekian, assalamualaikum