venomous

Monday.

Dah 10 hari berlalu sejak cuti bermula. Hari-hari berlalu begitu sahaja tanpa ada apa-apa yang memberi manfaat. Teruk rasanya. Diri ini teruk.

Beberapa hari sebelum mulanya cuti, diri ini berjanji akan memanfaatkan setiap detik yang bakal berlalu. Tapi nampaknya janji ibarat dijaja di pasar malam. Rutin yg sama setiap hari. Sementara di dalam beg sekolah terkandung beribu helaian kertas yang dikepil. Buku saya cuba maksudkan. Buku-buku.

Diri ini perlu menyiapkan extended essay yang mempunyai 4000 patah perkataan. Amended one. TOK essay yang memerlukan perahan otak paling maksima. Dalam 2000 patah perkataan. Pelik. Perlu berusaha keras demi mencapai 3 points yang dijanji untuk kedua-dua esei ini. Jika unqualified, hasil kerja hanya kertas tinggal kertas. Agak kejam di situ. Tapi ada baiknya. Kita kena bersangka baik.

Projek IT - flash/animation juga perlu disiapkan segera. Oh, tiba-tiba terasa berat beban yang perlu dipikul otak. Penat dan lelah memikirkannya. Phew. Dan ada beberapa assignments selingan berjudul Chemistry, Math, Malay. Subjek Biology dan English nampaknya bermurah hati pada cuti kali ini. Baik sungguh. Terima kasih.

Dan jari ini mengira-ngira hari yang tinggal. Oh, dalam 20 hari lagi. Jika badan ini masih tidak bekerja, diri ini masih mengagak-agak nasib yang bakal menimpa. Dan juga hati ini berdebar menunggu keputusan peperiksaan. Oh, otak terasa bertambah penat. Otot-otot mula terasa lenguh. Badan seakan-akan terkulai layu walaupun diri masih teguh menaip.

Ini tidak boleh jadi.

Janji sendiri masih tidak ditepati. Seakan tiada semangat penggerak yang menggerakkan. Seolah-olah tidak mengapa kerja dibiarkan begitu sahaja. Syaitan semakin galak menghasut. Semakin lantang ketawa. Melihat mangsa jatuh dalam bisikan halusnya. Jatuh tanpa pertolongan. Jatuh yang sia-sia.

Tidak.

Diri ini perlukanmu ya Allah.

Oh. Apakah yang terjadi. Ini bukan sifat seorang bakal doktor. Layakkah doktor berperangai sebegini rupa?

Determination needs hardworks. Eh, no. Hardworks needs determination. Either both.

Motivation needs renewal. Daily renewal. I must find out.

*face palm.

I need her to regain my courage and curiosity. 





No comments:

Post a Comment