post ini ditulis bersama sama tangisan. bukan kesedihan tetapi kegembiraan. :)
hari ni jantung saya berdebar debar. bukan kerana jatuh cinta. tetapi nervous untuk mengetahui apa yang bakal disampaikan. bermacam macam anggapan berputar dalam benak fikiran. saya kira pasti sesuatu perubahan besar akan saya alami malam ini. ya, memang betul.
bersikap mementingkan diri sendiri ataupun individualistik.
VS
saya cinta, sayang, suka awak.
pabila bercinta semua terasa indah. bergurau gurau, bermanja manja, bersuka ria. mungkin saya tak perlu sebutkan yang selainnya. kerana saya pasti ada yang pernah merasa begitu. cinta yang dikatakan suci itu sebenarnya tidaklah sesuci yang disangkakan. atau lebih tepat lagi tidak suci langsung.
apa kaitannya dengan sikap selfish itu?
bila bercinta pasti iman goyah. sayang itu ditumpukan dicurahkan sepenuhnya kepada si beloved. habis mana sayang, cinta kita kepada Allah? mungkin bukan iman kita seorang sahaja yang goyah. malah si dia juga. kita ucapkan kata sayang, kata manis setiap hari pada si dia. apakah bukti sayang kita kepadanya? apakah cukup dengan melafazkan kata-kata manis itu cukup untuk menzahirkan rasa sayang kita?
cuba kita bayangkan, iman si dia sedang goyah. begitu juga iman kita. apakah kita tidak kasihan melihat si dia yang sedang goyah imannya itu? kata cinta, sayang, tetapi kenapa kita biarkan si dia terumbang ambing bergelumang dengan dosa? itukah tanda sayang kita? kalau kita lihat, kita sedang bersikap mementingkan diri sendiri. ya, kita tidak peduli tentang iman si dia. apa yang kita mahukan hanyalah memuaskan nafsu semata. bagaimana pula dengan orang sekeliling kita? orang bercinta selalunya kurang memberikan perhatian kepada orang sekeliling. kawan baik, ibubapa, guru-guru.
kawan : terpaksa melebihkan masa untuk si dia.
ibubapa : sanggup menipu ibubapa demi berjumpa si dia. (tipu)
guru guru : buat assignments tetapi tidak siap kerana sibuk melayan karenah si dia.
tepuk dada tanya iman :)
sudah lama saya ingin berubah. malahan, saya ada membeli tudung yang agak labuh untuk dipakai. tetapi saya tiada courage. saya takut sekiranya akhlak saya tidak mencermikan penampilan diri saya. saya takut saya dikatakan memakai tudung labuh tetapi bercinta dengan lelaki ajnabi :'( saya takut sekiranya saya bertutur kasar dengan orang sekeliling. saya takut saya cakap tidak serupa bikin. memang benar. berubah itu sukar. tetapi ada saya dengan ceramah yang mengatakan 'kalau kita nak berubah tak perlu tunda tunda. habis kalau kita nak mati time tu juga, boleh ke kita minta postpone dari malaikat izrail?' masyaAllah.
insyaAllah saya bakal berubah.
'ya Allah ya tuhanku kurniakanlah daku sifat istiqamah dalam diri, ketekadan dalam hati dan semangat juang yang tidak pernah pudar dalam berjuang menentang musuh agamamu ya Allah.. '
mungkin kita berasa gusar dalam penantian mencari jodoh. dia yang menyedarkan saya ini hanyalah merupakan wadah untuk Allah memakbulkan cita murni. terima kasih ya Allah. jangan risau. selangkah kita dekat dengan Allah, selangkah lagi kita dekat dengan jodoh yang baik. :)
" kalau tercatatnya di Luh Mahfuz awak jodoh saya, amin. tetapi kalau tidak ada jodoh saya harap awak jadi kawan saya dunia akhirat. :') "